#AWANIJr: #BreakUpWithPlastics!
Kempen Hindari Plastik Sekali Guna sedang giat dijalankan dan merupakan salah satu usaha kerajaan selaras dengan Malaysia’s Roadmap Towards Zero Single-Use Plastics, 2018-2030. Tujuan kempen ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia khususnya mengurangkan penggunaan plastik sekali guna melalui beberapa kaedah seperti menggantikan penggunaan beg plastik dengan beg yang boleh digunakan beberapa kali, membawa botol air sendiri, membawa bekas sendiri untuk membeli makanan dan sebagainya. Kali ini adik Ridha Sariy Mohd Sharu Anuar 14, kru Semerbak TV, TV PSS SMK Kampung Baru Kerteh, Terengganu akan membawa anda melihat aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh Kelab Pencinta Alam SMK Kampung Baru Kerteh dalam menjayakan program ini.
Thu Mar 17 2022
Tawar sesi renang bogel untuk remaja bawah 18, kelab 'pencinta alam' dikecam
Sebuah kelab 'pencinta alam' di Yorkshire Utara, England dikecam kerana menawarkan sesi renang dalam keadaan berbogel kepada pelajarnya yang berusia 18 tahun ke bawah.
Mon Apr 23 2018